Wednesday, June 17, 2009

Kes Buang Bayi

Hari ini dapatlah juga dibuat entri baru setelah sekian lama akak menyepi tanpa berita.Selalunya berita pembuangan bayi dapat ditonton dikaca tv dan dibaca di surat khabar saja tetapi hari ini berita tergempar ini berlaku di blok akak sendiri.Sekujur tubuh kecil yang tidak berdosa ini sudah tidak bernyawa ketika dijumpa oleh pekerja bangla yang mencuci blok akak hari ini.Insan kecil ini di jumpai di hujung tembok dekat dengan tangga yang bersebelahan dengan rumah akak.Walaupun bukan akak yang menjumpainya tetapi sebaik melihat tubuh kecil ini yang dibalut dengan plastik berada di situ terdetik rasa pilu dihati kecilku.Siapalah yang tidak berhati perut tergamak membuangnya di situ.

Sebaik terlihat kereta polis dan ambulance berada di tempat meletak kereta dibelakang rumah akak..ingatkan ia berlaku di blok sebelah.Bila seorang anggota polis mengetuk pintu akak dan menyoal barulah akak ketahui ia terjadi berhampiran rumah akak.Rasa2nya ia baru diletak pagi tadi kerana pekerja itu menjumpainya sekitar jam 4.30 petang.Bila akak ternampak anggota CID tiba pasti ada kes yang lebih berat berlaku.Semenjak blok akak dipasangkan dengan lif ramai antara jiran-jiran termasuk akak sekali jarang menggunakan tangga jadi tiada siapa yang nampak.Hari ini sepatutnya akak nak keluar ke pasar tetapi dibatalkan.Entah kenapa tidak jadi.Kalau menuju ke lif memang akan nampak tangga dulu dan pasti plastik itu akan akak temui pagi tadi sekiranya akak keluar.Ayie memang ternampak bungkusan plastik itu sewaktu dia keluar mengaji pukul 1.30 pm tapi dia tidaklah terfikir ia sesuatu yang pelik.Dia pun tak sampaikan kepada akak.

Kalau memang hati dan pandangan kita ditutup segalanya tidak kita perasan..bila dah berlaku baru kita teringat.Nasib baik jugalah bukan akak yang temuinya...rasanya tidak sanggup akak melihat sekujur tubuh kecil yang telah kaku.Akak hulurkan sehelai kain batik kepada anggota polis tersebut untuk membalut tubuh bayi yang malang ini.Masih terasa kesedihannya sampai kini.

4 comments:

Mutiara Kasih said...

manusia sekarang tak menghargai apa itu anugerah .. yang di berikan kak mie .. anak sekarang nie dia orang buat macam anak patung je leh buang sana sini .. ader balasan yer satu hari nanti ... kalau tak nak bg je kat orang kan ..

Normie said...

betul tu lia..mmg sedih terjadi begini...org yg nkkan anak...susah nk dpt..diaorg nie senang2 buang anak...haiwan pun pandai sayangkan anaknya!!

shay said...

aduh kak tak sanggup la dengar macam nih... sayu je hati... kenapa la dia tergamak buat macam tu...

air mata nak menitis dibuatnya... harap diampunkan dosa orang yang buat begitu.... kalau tak nak terus la buang jangan tunggu sampai besar, pastu dah besar, tak nak jugak kasi la orang jangan buang macam tu jerk...

sakitnya ati dengar orang buat macam tu pada baby...

Normie said...

klu dngr pun rasa sakit hati apatah lg melihat dgn mata sendirikan shayz...

itulah klu dh tahu buat dosa jgnlah ditambah satu lg dosa...

harap dia dpt hidayah dan sedar perbuatannya.