Sunday, June 07, 2009
Percutian Dan Sakit
Alhamdulillah..akhirnya dapat juga kembali ke Singapura dan berblogging disini .Sebagai permulaan sebelum akak memulakan cerita percutian akak di Taiping...terlebih dahulu akak nak ucapkan terima kasih di atas kehadiran Fysal dan isterinya Intan berserta anaknya yg comey Iqah ke rumah akak.Minta maaflah banyak-banyak kerana akak tidak dapat menyediakan hidangan yang sempurna untuk menyambut kehadiran Fysal kesekeluarga .Terharu akak kerana Fysal sudi melawat akak walaupun penat dengan tugas harian.Insya Allah ada umur kita bertemu lagi yer.Memang pertemuan ini tidak akan dilupakan.Perjalanan dengan keretapi selama 12 jam agak memenatkan namun begitu keseronokkan menyaksikan permandangan indah sekitar perjalanan mengurangkan rasa lelah di badan.Disebalik kesronokkan tiba di Taiping telah diganggu oleh kehadiran demam.Akak orang pertama yang dapat demam..sampai 3 hari pula tu...Habis sakit seluruh anggota badan ini...Cuaca agak panas juga di sana,kemudian Fahmi pula yang demam.Segala program untuk berjalan-jalan ke pekan hancur musnah.Apakan daya tiada rezeki akak tahun ini...yang penting kami cepat sembuh kerana takut nanti semasa nak masuk sini kena tahanlah pula.Gambar belum sempat nak upload...bila dah siap nanti akak pamirkan.Tak dapat nak tangkap banyak kerana tidak berjalan-jalan.Adalah sikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
welcome home kak..ehehe..
insya ALlah..pasni kita plak yg akan berjumpa ^_^
Selamat kembali berblogging. Alhamdulillah dah sihat yer. Take care.
insya Allah chii...bila tu??
thanks k long..dah sihat dah!!
insya Allah dis week..nantikan panggilan dr chii eh kak :p
ok..akak tunggu yer!!bilang siang2 k
oh fyzal sekeluarga sudah menjejak kaki di rumah akak ek
aha...ni ek??
Post a Comment