Barulah dapat mengadap komputer ni.Siang tadi Fahmi ada temujanji di poliklinik atas urusan suntikan imunisasi dan perkembangan fizikalnya.Jadi ada dua tempatlah nak kene pergi.Pertama berjumpa dengan jururawat untuk menjalani suntikan.Hari ini Fahmi difahamkan akan dikenakan suntikan DTPa-IPV-HIB Vaccine (4 doses PKG) entah akak pun tak tahu apa nama dan untuk apa sebenarnya vaksin ni.Memang jururawat tu berikan penjelasan..tetapi tetap tak faham asalkan ia tidak memudaratkan dikira okaylah.Sebaik jururawat mengambil ujian data dari segi berat,tinggi dan ukuran kepalanya..jururawat tersebut memberikan keterangan tentang suntikan vaksin untuk Fahmi terlebih dahulu.
Proses untuk suntikan akan dimulakan dan Fahmi seperti sudah tahu pula nak kena suntik..dia dah mulalah merengek-rengek.Sebaik jarum halus tu mencucuk ke peha kanannya...apalagi pekikannya mulai bergema mengisi ruang poliklinik tersebut.Sudahlah kuat.....nyaring pula tu...macam kena pukul je aksinya.Tangisan Fahmi bertali arus tak henti-henti sampaikan naik merah mukanya.Dipujuk pun tak mahu lagi.Terpaksalah akak mendukungnya dan cuba untuk menenangkannya...tetap tidak berhasil.Sudahlah lepas tu nak kena berjumpa doktor untuk pemeriksaan fizikal pula.Fahmi benar-benar naik angin betul hari ini...jeritannya tetap tak reda..kalau berhenti pun sekejap je itupun tak sampai 5 minit.Bila masuk bilik doktor ujian tak dapat dilakukan dengan sempurna..akak kena keluar dahulu tetapi selepas itu masuk balik pun Fahmi masih mengamuk.Agaknya sakit sangatlah tu.
Hai kalau gini kena jumpa doktor dulu baru disuntik.Balik kerumah pun masih meragam dan merengek-rengek.Masa Ayie dulu tidak seperti ini...lepas suntik dalam beberapa minit je si Ayie dah diam.Beginilah ragam anak-anak.Lain anak lain caranya.Almaklumlah Fahmikan yg bongsu..agak manjalah sikit.
2 comments:
oo..manjenye fahmi..eehhe. kesian ye kak..nasib baik dia tak demam. Biasanya budak2 lepas kena suntik demam.
tulah..manja tul fahmi ni..ni lum besar lg..hehe
alhamdulillah Fahmi tak demam.
Post a Comment