Friday, March 20, 2009

Tag Dari Honey

Rasa-rasanya dah lama juga tak buat tag ni.Seronok juga sekali sekala main tag-tag nikan,

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

# Kisah Aku...Seorang Ibu

Blog ini berkisah tentang diri ini yang bergelar seorang ibu.Sebagai tempat untuk meluahkan perasaan kegembiraan atau kesedihan dan berkongsi pengalaman menbesarkan anak-anakku.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://noamee.blogspot.com

Mula-mula dulu semasa membuka blog memang tidak terfikir nama lain.Oleh kerana keluarga dan saudara mara lebih senang memanggil dengan panggilan noamee jadilah nama ini ajelah yang menjadi pilihan utama.Lagipun senang sikit nak ingat bila akak 'sign in' untuk mana-mana forum atau lain-lain website.

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

Sebelum ini tema blog ini adalah Lukisan Dari Jendela Hati yang mana mengisarkan suka duka kehidupan akak mengharungi onak dan duri yang berbagai.Disamping itu berkongsi info-info yang mengandungi kisah teladan atau kebaikan.Kini ditukar kepada tema yang sekarang ini digunakan.Kebanyakan jalan penceritaan lebih kepada cerita tentang perkembangan anak-anakku terutama Fahmi sebagai ahli baru dalam keluarga ini.Selain itu jika ada info yang baik akan juga menjadi hasil tulisan di blog ini.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Tidak terlintas difikiran akak pun walaupun kadang-kadang blog ini tidak dikemaskini dengan cerita baru ataupun sekian lama tidak online sekalipun tetap tidak tergerak untuk menutupnya.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Blog Honey??Bila akak masuk blog honey kebanyakan kisahnya mengenai luahan hatinya yang sebenar.Setiap manusia memang tidak dapat lari dari ujian atau dugaan..bila membaca tulisan blog honey sedikit sebanyak membuatkan akak terasa ia sebahagian dari kehidupan akak yanh pernah dilalui suatu ketika dulu.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag

Akak ni memang tak reti nak tag orang.Jadi akak berhenti disini ajelah yer.Kalau sesiapa nak ambil tag ini..dipersilan dengan hati terbuka.

No comments: