Melihat perkembangan Fahmi dari hari ke hari memang menyeronokkan.Sememangnya kelahiran seorang bayi itu terlalu istimewa dan adalah kurniaan Allah yang luar biasa.Bagaimana seorang bayi itu boleh mendatangkan kegembiraan bagi ibubapanya dengan melihat wajahnya saja sudah dapat menenangkan setiap orang.
Fahmi baru masuk 3 bulan 2 minggu tetapi dia sudah mula belajar untuk memusingkan badannya.Melihat dari sikap dan perilakunya..akak rasa Fahmi agak cepat jika dibandingkan dengan Ayie.Bukan akak nak beza-bezakan Ayie dan Fahmi pula..Ayie pun ada keistimewaannya tersendiri...cuma akak rasa teruja dengan perkembangan Fahmi.Sedar tak sedar Fahmi semakin membesar seiring dengan masa yang semakin pantas sekarang ini.
Selepas ini kenalah lebih berwaspada..tidak boleh letak Fahmi sembarangan.Saksikanlah telatah Fahmi dan bagaimana dia cuba memusingkan badannya kembali...bila tak dapat buat...dah mulalah nak mengamuk...hihihi.
No comments:
Post a Comment