Thursday, April 30, 2009
Award And Tagged
1. Anda seorang bintang?
* Hissshh..takdelah..akak tak rasa macam bintang pun...jauh betul gelaran ni..
2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?
* Terserahlah...tak kiralah berapa banyak bintang yang nak diberikan yang penting sesiapa yang hadir keblog ini amat ikhlas hatinya.Nilai persahabatan itu lebih penting dan tiada harganya.
3. Adakah penulis seorang yang sombong?
* Mula-mula akak kenal shayz ni..akak dah rasa shayz seorang yang peramah...akak terharu kerana shayz sudi meminta pertolongan akak walaupun kita baru kenal.
4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
* Tak ingat dah...rasa-rasanya melalui mesej di tagboard MSJBOX kot!!
5. Anugerah ini ada berapa warna?
* ada 4 warna kuning, putih, biru dan hitam...(sama jawapannya..heheh)
Wednesday, April 29, 2009
Aksi Si Abang dan Si Adik
Fahmi bukan main lagi tak padan kecik ada hati nak berebut dengan abangnya Ayie.Dalam video diatas terutama bahagian yang terakhir saksikan bagaimana Fahmi cuba merampas barang mainan Ayie.Kuat juga si adik menarik.Si abang ni jenis gembeng sikit dan jenis yang mudah mengalah..silap haribulan boleh meleleh airmatanya.Nasib baik tak rosak mainan Ayie tu.Tak tahulah bila dah besar nanti jangan pula semua mainan abangnya jadi sasaran.Penat abangnya menyimpan dan menjaga dengan baik.
Baru masuk 5 bulan dah pandai nak main Fahmi ni.Lagi satu Fahmi suka berbual terutama kalau Ayie berbual dengan akak..mulalah dia menyampuk..ingat abangnya berbual dengannya.Fahmi suka kalau diagah..bukan main mengekek-ngekek dia...sampai kadang-kadang tu nak mencebik pun ada.Saksikanlah gelagat dua beradik ni.
Tuesday, April 28, 2009
Hadiah Dari Hati
Terima kasih kak long Zura diatas pemberian hadiah yang ikhlas ini sebagai tanda ikatan persahabatan kita di alam maya ini.Biarpun kita tidak pernah bersua wajah namun kemesraan antara kita seolah-olah kita telah lama mengenali.Inilah keistimewaan IT kerana kita bisa menjadi sahabat walau di mana jua kita berada.
Semoga nilai persahabatan ini akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa dan Insya Allah..jika ada keizinan dariNYA kita pasti bersua jua.Tiada kata yang indah dapat saya lemparkan sekadar ucapan terima kasih sekali lagi diatas pemberian ikhlas ini kak long.

Monday, April 27, 2009
Award Dari K Leeya
Penghargaan ku terima dari teman blog walaupun kita baru saja berkenalan.Terima kasih kak Leeya atas tanda peringatan buat saya ini dan sudi menerima kehadiran saya sebagai salah seorang sahabat.Semoga perkenalan ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa walaupun kita tidak pernah bersua wajah...InsyaAllah!!
Manalah tahu suatu hari nanti kita akan bertemu...pasti perkenalan kita akan bertambah mesra.Terima kasih sekali lagi kak Leeya....
Manalah tahu suatu hari nanti kita akan bertemu...pasti perkenalan kita akan bertambah mesra.Terima kasih sekali lagi kak Leeya....
Thursday, April 23, 2009
Rindukan Kopi
Pada asalnya akak ni memang seorang penggemar kopi atau apa jenis kopi yang seangkatannya dan setiap pagi mesti nak minum...kalau tak minum sehari mata akan mengantuk je dan lemah badan ni.Entah kenapa sejak mengandungkan Fahmi akak terus loya dengan kopi dan sampai sekarang terus tak minum lagi.Memang teringin nak minum balik tetapi lidah seperti tidak dapat menerimanya.Akak ni lain sikit kalau lidah tak boleh terima apa yang masuk terus dibuang.Nasib baik bau kopi masih boleh dihidu.Tulah bila terhidu bau kopi terasa teringin nak minum.Tengok kopi-kopi seperti cappucino memang meleleh beb.
Sekarang ini akak banyak minum koko cadburry ataupun milo.Sedang mencuba untuk menghirup kopi kembali tetapi tak tahulah boleh ke tidak.
Sekarang ini akak banyak minum koko cadburry ataupun milo.Sedang mencuba untuk menghirup kopi kembali tetapi tak tahulah boleh ke tidak.
Sunday, April 19, 2009
Hari Minggu Yang Sibuk
Fuhhh..jam hampir ke pukul 12 tengah malam ni...Sambil menghirup air milo sejuk (cuaca panas betul kat sini beb) barulah dapat duduk kejap mengadap laptop di depan akak( (hihi mestilah didepankan..takkan kat belakang..) sambil mencari idea apa yang nak ditulis kat sini....Tapi ini bukan dah tulis ke..apalah yang akak merepek meraban ni....
Nak cerita sikit je hari ini betul-betul hari sibuk bagi akak...kemas rumah..tapi selongkar semua almari dan ceruk-ceruk.Lagipun suami ada sama bolehlah tolong...cepat sikit..kalau hari biasa asyik mengadap Fahmi je..susah nak buat kerja...cuma kerja-kerja rumah biasa aje.
Terima kasih yer kerana sudi menjenguk blog ni....Oklah nak dulu...esok nak bangun pagi siapkan anak ke sekolah dan suami pergi kerja...Daaaaa.

Thursday, April 16, 2009
Tag Dr Kak Leeya
Dapat tag dari kak Leeya...nak kena jawablah ni.
Jom layan...
1) nama timangan+family:
Memamg takde nama manja..keluarga,adik2 dan semua blogger panggil noamie atau kak mie..member2 terdekat ramai yang panggil nor atau nonie.
2) anda seorang yang..
suka memikir,rajin mengemas rumah tapi malas sket nak masak..hihihi (tp kena gak masakkan) dan suka mencuba benda-benda baru tetapi kalau nak tahu kebenarannya diriku seorang yang cepat gelabah atau nervous terutama dijalan raya sebab tu tak mahu ambil lesen memandu.
3) insan istimewa dan knp dia teramat istimewa:
Dah tentulah suami dan anak-anak..serta keluarga.Disamping itu teman-teman blogger yg dikenali atau dialam maya ini..hidup mesti ramai kawan jgn ramai musuhkan.
4) lagu kesukaan sekarang:
Kurang mengikuti perkembangan lagu-lagu masa kini..mana yang didengar sedap itulag yang disukai.
5) warna kegemaran-purple n pink...second green n blue.
6) benda wajib lam handbeg...?
Biasalah yang wajib ada ialah...dompet,payung lipat,tisu basah n kering,handphone,kad bas dan kunci.
7) kali terakhir nangis...?
Tak ingat bila tetapi bila tonton cerita sedih atau baca kisah sedih pasti tersentuh hati.Yang paling tersentuh dihati ini bila teringatkan kedua-dua arwah anakku..tak boleh tngk gamba2 mereka atau tersebut namanya pasti mudah airmata ini mengalir.
8)Nak tag siapa yer..oklah senarai2 dibawah ini pilihanku...jgn mare!!
1.Shayz
2.Honey
3.Kak long Zura
4.Mama Shahmi
5.MamaJ
6.Chii
ini ajelah..

Monday, April 13, 2009
Sakit Mata Part 2
Hari tu baru je cakap akak tidak terkena dengan gejala sakit mata ini.Rupa-rupanya segalanya tidak dapat dielakkan yelah dah duduk satu rumah mestilah merebak dengan mudah
.Sebaik bangun pagi semalam dah terasa lain macam je mata ni.Nasib baik nak bawa Ayie jumpa doktor semalam jadi jumpa sekalilah. Dah macam mata panda dah akak rasakan...kedua-dua mata bengkak .
Oklah akak minta undur diri dulu.Tak tahu nak bebel apa lagi kat sini.Nak rehat jap...ngantuk ler lepas makan ubat tadi .

Saturday, April 11, 2009
Sakit Mata
Memandang pada tajuk diatas ini bukan berkenaan sakit mata kerana iri hati atau apa-apa yang berkaitan dengan silau ataupun melihat perkara-perkara tidak baik...tetapi hari ini dari ayah sampai ke anak diserang oleh penyakit sakit mata.
Mula-mula semalam si ayah yang kena dulu...lepas tu biasalah dah duduk satu rumah pasti akan menjangkiti ahli keluarga lainkan.Orang yang kedua kena ialah Fahmi...sebaik bangun pagi tadi..mata sebelah kiri dah nampak kemerahan dan bertahi.Nasib baik Fahmi tak banyak menggosok matanya
.Apalagi si ayah dan anak berjumpa sekali dengan doktor hari ni.Jadi james bond hari ni kejap.Ingatkan keluarga akak je yang kena...ada juga orang lain yang jadi james bond (yang pakai spek hitam leee) kerana sakit mata
.Sebelah petangnya si Ayie pula yang kena...nampak gayanya esok dia pula yang kena berjumpa doktor.Sekarang ini tinggal ibunya je yang belum lagi terkena...harap-harap tidak kena laa...bukan apa...susahlah kalau ibunya yang kena.

Friday, April 10, 2009
Thursday, April 09, 2009
Hasil Sendiri
Bertukar lagi layout akak ni..tapi kali ini adalah dari hasil air tangan akak sendiri...private limited.Memandangkan template ini adalah dari coding yang baru jadi agak sukar sedikit hendak membuat layout ini.
Berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya akak berjaya juga membuatnya.Cuba punya cuba akhirnya berhasil...mula-mula tu memang berpinar-pinar otak ini memikirkan coding yang sesuai.Untuk terkini layout inilah yang akan mengaburi mata kalian dan pasti akan ada lagi layout-layout baru selepas ini...Insya Allah!!Jangan Mareeeeee...
daaaaaaa.
Saturday, April 04, 2009
Berjaya Juga
Akhirnya dapat juga akak membuat ikon ni sendiri. Camne terror tak akak ni...Perasan kan...kan...Bila dapat buat rasa seronok sekali.Akak ni kalau tak cuba sampai berjaya memang tak sah.Selagi tak siap dan tak puas hati tak stopnya...
oklah...akak nak tidur dulu.....Kalau sesiapa nakkan skrip ikon ni bagitau akak k.Byeee.
oklah...akak nak tidur dulu.....Kalau sesiapa nakkan skrip ikon ni bagitau akak k.Byeee.
Friday, April 03, 2009
Gambar Lama
Semalam tergerak hendak mengemas laci-laci kabinet yang dipenuhi dengan berbagai khazanah yang berselerakkan.Terjumpa pula dengan album lama yang agak usang.Belek punya belek ternampaklah gamba diatas.Akak tak sangka pula masih elok gambar ini walaupun warnanya hitam putih.Gambar ini sajalah yang masih tersimpan sampai kini.
Seingat akak ini sewaktu usia akak 2 tahun dan nama studio gambar ini pun masih tercatat dibawahnya.Ada ke tidak lagi kedai gambar ini kat Taiping.Dulu kedai gambar inilah paling popular.Bila akak sendiri tengok gambar ini...macam nak tergelak pun ada.Begini rupanya akak yer masa kecik-kecik.Kenapa masa kecik mata akak bulat bila dah tua ni sepet je...pelik gak ni!!
Wednesday, April 01, 2009
Tukar Layout
Sekian lama tak update..barulah dapat mengisi masa untuk menambah ruang cerita diblog akak ni.Selama beberapa hari ni asyik sibuk je mencari design yang sesuai untuk blog ini.Cari punya cari akhirnya dapatlah design kitty yang memang menjadi kegilaan akak...tapi bukan gila tau!!keh..keh..keh.
Jangan mare...hihihi....kali ini dapat juga menukar layout baru ni setelah berhari-hari mencari layout yang sesuai dimata ini.Almaklumlah akak ni memang cerewet sikit tentang grafik atau corak ni.Kalau boleh nak cari yang cute-cute je dan sedap masa memandang.

Subscribe to:
Posts (Atom)