Sunday, December 30, 2007

Tidak Seperti Dulu


Sweet Comments at DazzleJunction.com


Entah mengapa hati ini terasa sayu sekali.Terus kutekan papan kekunci ini agar dapat menyampaikan apa yang terdetik.Tatkala membaca cerita-cerita kehilangan dan semakin ramai yang menyepi diri dari dunia blogging ini membuatkan diri ini mulai merasakan adakah esok diriku juga akan meninggalkan dunia ciber ini untuk selama-lamanya.Kerinduan mulai mengamit bila mengenang detik-detik lalu yang mengeratkan hubungan sesama kita walaupun antara kita tidak pernah bertemu muka.

Semakin hari semakin sepi termasuklah diriku juga,hanya sekali-sekala dapat menjenguk ke sini.Masa yang pergi tidak dapat kembali lagi.Jalan ke depan belum diketahui selok beloknya.Tahun silih berganti dan usia semakin lanjut.Entah bagaimana agaknya kehidupan masa akan datang.Andailah kita dapat melihat masa depan sudah pasti kita akan menciptanya dengan baik.

Kadang-kadang kalau boleh tidak mahu fikirkan yang buruk,hanya inginkan yang baik sahaja.Inilah lumrah kehidupan segala-galanya telah tersurat.Jangan disalahkan pada takdir andai kita yang mengundang kehadirannya.Kebaikan itu ada dalam hati kita jangan biarkan kejahatan menguasai diri.Hari ini adalah untuk esok dan esok belum tentu milik kita dan mati itu pasti.Selagi nyawa dikandung badan marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri.

Thursday, December 27, 2007

Salam Pertemuan




Kembali akak ke udara diruang ciber ini.Lama juga rasanya tak menjenguk ke sini.Balik ke Taiping hari raya hari tu takde banyak cerita menarik yang akak nak kongsi bersama.Adik-beradik akak tak semuanya yang balik.Lagipun orang kerja tak bercuti lamakan.Macam biasalah tugas tukang masak akak yang ambil alih..sekali sekala balik apa salahnya akak yang tua masak untuk adik-adik dan adik ipar serta abah akakkan.Lama pun tak masak untuk mereka.Ayie memang seronoklah dapat main di luar rumah tak sama macam Singapura..rumah flat jekan asyik terkurung je..hihihi.Ayie pun asyik ronda sakan dengan motor kapcai abah akak je..kat sini tak berpeluang nak naik motor.Salah disisi undang2 untuk buadak bawah 10 tahun.

Akak apalagi ke sana asyik nak shopping jelah.Almaklumlah tukaran wang menjadikan akak nie kayalah sket..hahaha.Takdelah nak beli banyak nanti nak bawa naik bas susah plak.Pergi satu dua beg..balik je boleh jadi lima enam beg pula.

Rasanya dah lama tak ubah corak rumah akak ni.Asyik tengok yang sama jekan.Jemu juga rasanya.Kali ini akak menggunakan layout orang lain pula.Belum ada kesempatan nak buat layout sendiri.Sudi-sudilah tatapi rumah baru akak nie yer.


Oklah akak berundur dulu.Ada berita akak cerita lagi k.

Tuesday, December 18, 2007

Salam Aidiladha

Selamat menjalani ibadah korban buat semua.Sempena cuti sekolah yang belum berakhir ini,akak sekeluarga akan berhari raya di Taiping Perak.Oleh itu pasti kita tidak ketemu untuk seminggu ini.

Thursday, December 06, 2007

Kisah Dibalik Temujanji

Seperti yang akak ceritakan akak akan bertemu pakar genetik hari ini dan bagaimana perasaan akak sebaik menjejakkan kaki ke hospital yang telah menyimpan banyak memori silam buat akak.Mulailah berbagai episod demi episod mengelinap masuk ke ruang ingatan akak.Demi masa depan akak bertahan agar akak tidak mudah layu dan lemah.Segalanya mulai bermain di ruang mata ini.Mulai timbul rasa kerinduan.Airmata tetap akak tahan agar tidak mudah menitis walaupun genangannya mulai terasa.

Sebaik bertemu doktor tersebut akak sangkakan mereka tidak kenali akak lagi.Suasana dan keadaan diklinik tersebut juga telah diubahsuai sedikit.Akak agak kekok pada mulanya...ini baru setahun lebih tak singgah..kalau bertahun-tahun agaknya dah macam orang asing je..hihihi.Bila doktor tersebut bertanya keadaan akak dan bertapa dia masih ingat akan diri akak sewaktu arwah Hilmi di wad membuatkan akak rasa bertapa mereka memberi sedikit perhatian juga kepada akak sebelum ini.Terasa agak terharu kerana mereka mengatakan akak berjaya menjaga Hilmi dengan baik.Itu sudah semestinya sebagai seorang ibu segala-galanya pasti akan dikorbankan demi anak-anak.Sungguh akak katakan kalau dulu masa arwah Hilmi masih ada sekiranya penyakitnya boleh ditukar ganti akaklah orang pertama yang sanggup dermakan walaupun nyawa sekalipun.Allah Maha Mengetahui.Bagi diri akak bukan ganjaran yang akak harapkan,anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah Allah.


Bercerita mengenai masalah akak sekarang ini ialah adakah masih ada harapan untuk akak melahirkan seorang lagi zuriat?Segalanya mungkin menurut kajian sainstitif 75 peratus akak akan melahirkan seorang zuriat yang normal dan 25 peratus lagi adalah tidak.Kalau di fikirkan dari sudut agama pasti akak serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Esa.Akak tetap akan berusaha dan semoga segalanya dalam keadaan baik.Berbanyak terima kasih buat semua yang sudi memberikan kata-kata semangat buat akak.Nantikan yang terbaik kalau ada rezeki akak.Insya Allah!!!

Monday, December 03, 2007

Temujanji Dengan Doktor

Isnin yang lepas bila akak dapati percubaan akak gagal untuk mengandung,akak dinasihati seorang teman untuk menemui doktor.Akak menemui doktor disebuah poliklinik dan menceritakan tujuan akak menemuinya.Tujuan utama akak cuma hendak mengambil ubat kesuburan seperti yang disarankan oleh teman tetapi sebaliknya doktor itu menasihati akak adalah lebih baik akak menemui pakar genetik sebelum merancang lagi kerana katanya kenapa akak nak ambil risiko sekali lagi.Mendengar kata-kata doktor tersebut memang boleh melemahkan semangat dan usaha akak...tapi sebagai hamba Allah akak harus percaya kepada Qada dan QadarNYA.Memang akak akui segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Kuasa.

Akak tidak cuba menafikan juga tujuan doktor itu berkata begitu kerana bukan satu tetapi tiga.Walaupun seorang telah akak gugurkan sewaktu arwah Hilmi masih memerlukan perhatian akak tetapi ia juga disahkan positif SMA ketika berusia 12 minggu.Pada mulanya memang agak terusik juga perasaan keibuaan akak tetapi akak kuatkan semangat.Kalau ikutkan rasa hati memang terasa kecewa dan patah hati tetapi dengan sedikit keimanan yang ada ini akak berfikir dan bertekad walaupun apa pun yang telah terjadi akak akan terus berusaha sehinggalah sekiranya ia telah ditakdirkan setakat ini saja rezeki akak barulah akak harus akur.

Pihak klinik tersebut telah membuatkan temujanji akak dengan pakar genetik di hospital yang mana telah menjadi rumah kedua akak dan arwah Hilmi dulu.Hospital ini memanglah tempat untuk kanak-kanak dan ibu bersalin malah rekod akak dan anak-anak akak juga masih disini.Memamg agak terusik juga hati dan perasaan akak kerana terpaksa melangkah kaki sekali lagi ke hospital itu.Minggu lepas sewaktu melalui kawasannya dari jauh pun hati ini sedikit terusik dan terasa titisan jernih bergenang dikelopak mata.Sudah pasti akan mengamit memori itu kembali.Akak akan menemui pakar tersebut pada hari Khamis ini.

Semoga segalanya dalam keadaan baik dan akak berharap masih ada harapan indah untuk hari esok.Selagi akak masih sihat akan akak teruskan melalui liku-liku kehidupan ini dengan tabah dan cekal.Tanpa semangat yang kuat akan pasti terjatuh.Biar apa cara sekalipun akak akan terus mencuba dan mencuba kerana akak akui akak bukan hamba yang lemah.Banyak yang telah akak lalui kerana Dia yang Maha Mengetahui.

Tuesday, November 27, 2007

Alahai....

Macam mana yer akak nak mulakan.Otak berserabut,penuh dengan ilham tapi jari jemari kaku untuk menaip...namun akak gagahi juga.Entah bagaimana hendak menyusun kata-kata disini??Bagaikan baru belajar menaip.

Lebih baik akak tidak membuang masa,malam semakin larut..tapi mata ini juga belum lagi hendak terlelap.Masih mencari ruang untuk menyusun kata.Begini sajalah....harapan seorang isteri dan ibu menjadi penyebab dan puncanya.Masih adakah harapan??Masih dalam kesamaran dan timbul rasa kerisauan.Apalah yang akak melalutkan nie..hihihi.

Kata orang berkongsi cerita adalah lebih baik.Hasrat akak ingin mencuba lagi.Melahirkan seorang zuriat sebagai penyeri kehidupan rumahtangga selain dari memenuhi tuntutan agama juga.Walau demikian tetap timbul rasa kegusaran..masihkah ada harapan untuk hari esok??Adakah harapan itu akan memberikan sinar baru??

Percubaan pertama menemui kegagalan....jadi akak tidak mahu bercerita dahulu tetapi bila percubaan kedua juga melalui kehampaan mulai timbul rasa takut dan gelisah.Dalam keterpaksaan akak harus menemui pakar tertentu.Dalam usia yang semakin hampir menemui senja ini segalanya sukar.Kadang-kadang timbul rasa ingin mengalah walaupun hati berkobar-kobar.

Esok...akak perlu mencari usaha untuk memenuhi segala impian.Akak terpaksa bertemu doktor setelah percubaan secara normal ini gagal.Akak tahu segala-galanya atas kehendak yang Maha Kuasa.Bolehlah akak lalui dengan rasa keyakinan namun hati ini masih dalam kesamaran.

Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan.
Tanpa pertolonganMu Ya Allah aku amat lemah.
Semoga kasih sayangMu Ya Allah akan
memberkati apa yang hambaMu ini harapkan.
Aku pasrah...

Sunday, November 11, 2007

10 Sickness of the Heart

1. You believe in the existence of Allah swt, but, you do not fulfill His Commands.

2. You say you love the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) but you do not follow his Sunnah.

3. You read the Holy Qur'an, but you do not put it into practice.

4. You enjoy all the benefits from Allah, but, you are not grateful to Him.

5. You acknowledge Shaitan as your enemy, but, you do not go against him.

6. You want to enter Paradise, but, you do not work for it.

7. You do not want to be thrown into Hellfire, but yet, you do not run from it.

8. You believe that every living thing will face death, and you are not prepared for it.

9. You gossip and find faults in others, but, you forget your own faults and bad habits.

10. You bury the dead, but, you do not take a lesson from it.

Tuesday, November 06, 2007

Masalah Teknikal


Untuk sementara waktu ini akak terlebih dahulu memohon maaf kepada semua yang sudi berkunjung ke sini kerana untuk beberapa hari ini akak tidak dapat berkunjung ke blog-blog kalian atas sebab yang diatas (cam seruis je).Komputer akak sedang dibaik pulih kerana ia dah mula demam panas lagi..hihihi.Jadi akak tidak berkesempatan untuk kemana-mana memandangkan komputer akak dah terlantar sakit cuma dapat bertahan sekali sekala je.Itupun tersemput-semput...hehehehe harap-harap taklah sampai 'padam' terus.

Buat semua yang masih setia melawat akak,terima kasih banyak-banyak akak ucapkan.Bila komputer akak dah disembuhkan dan sihat akak pasti melawat kalian nanti.Jangan segan-segan datang kesini tau.

Monday, October 22, 2007

Raya Di Kota Singa

Memandangkan hari raya masih lagi terasa kehangatannya,akak juga ingin mengambil kesempatan bercerita tentang raya di sini.Pagi raya sudah semestinya semua masjid akan dipenuhi oleh kaum muslimin dan muslimat tidak kira apa bangsa dan negara,bersama-sama menunaikan solat hari raya.Selesai solat sudah semestinya akan berkunjung ke pusara untuk menziarahi kaum keluarga yang telah "pergi".Sampai naik sesak kawasan perkuburan dipenuhi dengan kenderaan yang berbagai.

Apa yang masih menarik beraya dikota singa adalah mengenai pakaian iaitu baju kurung dan melayunya.Budaya melayu masih lagi diteruskan dan dipertahankan.Sebab itulah baju-baju melayu dan baju-baju kurung di sini laris macam pisang panas.Memandangkan puasa di bulan Ramadhan kita tunaikan sebulan maka hari raya juga akan dipenuhi selama sebulan juga.Dalam masa sebulan berhari raya selalunya kaum melayu tidak akan lepas dari berbaju kurung yang sedondong tidak kira orang dewasa,remaja dan kanak-kanak.Kemana saja pergi pasti akan nampak sekelompok manusia berbaju kurung.Berbagai fesyen dan corak yang digayakan.

Tentang makanan selalunya di sini akan lebih kepada masakan ketupat,rendang,kuah kacang dan lontong.Kuih muih memang dah biasalah.Air yang menjadi kegemaran selalu air yang berkarbonat sampai naik kembung perut jadinya..hihi.

Tiada apa yang menarik sangat yang ingin akak ceritakan..sekadar berkongsi pengalaman tentang raya di kota singa.Semoga budaya kemelayuan akan terus dipertahankan walaupun zaman berubah.

Saturday, October 06, 2007

Salam Lebaran

Sungguh tidak disedari dalam beberapa hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya pula.Pantas sungguh masa berlalu dan kita hampir ke penghujung bulan Ramadhan.Semoga Ramadhan kita sempurna walaupun ada diantara orang perempuan yang tidak dapat menyempurna genap sebulan namun diharapkan puasa kali ini akakn diberkati Allah swt.

Memandangkan lagi seminggu kita akan menyambut lebaran pasti ramai yang sudah pulang ke kampung halaman.Untuk tahun ini akak sekeluarga tidak berpeluang untuk balik ke Taiping.Memandangkan Ayie akan menduduki peperiksaan akhir selepas raya dan juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiket bas tahun ini terpaksalah akak sekeluarga berhari raya di sini sahaja.

Didalam kita semua bergembira janganlah kita lupa kepada yang telah tiada dan orang-orang yang susah.Jangan membazir dan kepada yang memandu kenderaan berhati-hatilah selalu.

Sempena lebaran yang bakal tiba akak juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HATI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN.

Saturday, September 29, 2007

Nuzul Al-Quran

Allah telah menjamin bagi siapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di akhirat, dengan firman-Nya
" Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. " (Thaha:123).

Sabda Rasulullah SAW :
"Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi pembacanya. " (HR. Muslim dari Abu Umamah).

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya : Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. " (HR.At-Tirmidzi, katanya: hadith hasan sahih).

Dari Aisyah r.a, katanya : Nabi SAW bersabda :
"Orang yang membaca Al-Quran dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).
Dua pahala, bermaksud pahala membaca dan pahala susah payahnya.

Tentang keutamaan berkumpul di masjid-masjid untuk bertadarus Al-Quran, Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah seraya membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali turunlah ketenangan ke atas mereka, serta mereka diliputi rahmat, dikerumuni para malaikat dan disebut-sebut oleh Allah kepada para malaikat di hadapan-Nya. " (HR. Muslim).

Saturday, September 22, 2007

Salam Takziah

Salam takziah buat keluarga Nurin yang "pergi" dalam keadaan yang menyayatkan hati semua lapisan masyarakat.Semoga roh arwah adik Nurin akan tenang "disana" dan sesungguhnya telah Allah janjikan syurga buatmu sayang.Untuk keluarga Nurin semoga tabah dan kuat menerima ujian Allah ini kerana sesungguhnya kalian telah dipilih untuk memikul dugaan ini walaupun pada hakikatnya sukar untuk diterima.

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya "pergi" dalam keadaan yang sedemikian.Bertapa kejam mereka yang memperlakukan sedemikian terhadap Nurin.Sudah pasti Nurin amat-amat terseksa disaat-saat akhir hayatnya.Marilah kita sama-sama berdoa agar mereka yang bersalah itu akan menerima hukuman yang setimpal samada di dunia dan di akhirat.Sudah pasti hidup mereka tidak akan tenang buat selama-lamanya diatas dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Pembalasan itu tetap ada.

Saturday, September 15, 2007

Ragam Di Bulan Puasa

Diam tak diam sudah 3 hari umat islamberpuasa.Bercerita tentang puasa pasti anak-anak kecillah yang banyak mempunyai cerita mereka sendiri.Tahun ini Ayie mula belajar puasa dan dah sepatutnya dia berpuasa.Tahun-tahun yang sudah akak tidak dapat memberikan Ayie tumpuan untuk dia berlatih puasa.Bila lagi nak belajarkan kalau tidak sekarangkan.Hari pertama berpuasa awal pagi memanglah nampak cergas lagi tapi bila hampir-hampir ke waktu berbuka makin terkulai jadinya..hihihi.Asyik mengadu sakit perut dan tekak haus je.Alhamdulillah sampai juga Ayie berpuasa sehari.Bila tiba waktu berbuka habis semua dia sental,air sampai dua tiga cawan.Oleh kerana hari pertama berpuasa hari pun agak terik,bukan kata budak-budak orang dewasa pun agak keletihan.


Setakat ini Ayie masih lagi belum tinggalkan puasa.Kejutkan dia bersahur pun senang sebab Ayie memang tidur siang jadi tiada masalah lagipun Ayiekan bersekolah pagi.Harap-harap dia dapatlah melakukan ibadah puasa genap sebulan.Tahun ini kawasan akak tinggal tidak ada bazaar ramadhan seperti tahun-tahun lepas.Memandangkan serangan nyamuk aedes sedang menular dengan banyaknya di kawasan perumahan akak tidak berkesempatanlah meninjau-ninjau dan membeli juadah berbuka.

Sampai disini dahulu kisah akak dibulan yang mulia ini.Selamat berpuasa dan berbuka.Jangan makan banyak-banyak nanti berat nak solat pula.

Saturday, September 08, 2007

Selamat Berpuasa

Diam tak diam dalam beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak 1428 H.Insya Allah panjang umur kita pasti sekali lagi akan menunaikan rukun islam ke empat ini dengan penuh rasa keinsafan.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Ramadhan kali ini akan mendatangkan keberkatan dan kerahmatan yang berlipat kali ganda kerana sesungguhnya Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang.Semoga dengan keizinanNya juga kita semua dapat menyambut Ramadhan dengan tenang dan aman damai.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini juga akak sebagai hamba yang lemah memohon kemaafan sekiranya selama kita berkomunikasi di alam maya ini ada kata-kata yang tidak enak dibaca atau ada gurau senda yang menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang sering ke teratak ini atau bila akak ke blog kalian sekalian.Sesungguhnya kita adalah insan yang daif sentiasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BUAT SEMUA YANG BERKUNJUNG KE SINI.

Saturday, September 01, 2007

5 Perkara

Dah lama rasanya tak kena tagged.Demi menunaikan permintaan kak Sakurasa...saya terima cabaran ini.Dibawah ini antara jawapannya.


#5 benda dalam handbag #

1. mesti ada bag duit
2. yang wajib IC mesti dibawa
3. sudah semestinya HP
4. kunci rumah nanti tak boleh masuk rumah plak
5. untuk kecemasan iaitu payung


#5 perkara dalam handbag #

1. kad bas untuk kemudahan bila nak ukur jalan..hihihi
2. duit syiling tidak kira sennya.
3. makanan kucing untuk kucing2 diluar
4. pen kadang2 perlu untuk mencatit sesuatu
5. tisu kering dan basah mudah bila tk dpt cari air


# 5 perkara faveret dalam bilik #
Tiada yang feverat,bila tidur biasa2 je..hihi


# 5 perkara yang nak dilakukan #

1. sudah tentulah bila tiba masanya akan pulang kepangkuanNYA,Insya Allah!!
2. ingin berkunjung ke tanah suci dan melawat makam Nabi SAW
3. ingin melihat permandangan matahari terbenam
4. sebagai seorang ibu ingin melihat kejayaan anak
5. sekiranya ada rezeki ingin melahirkan seorang lagi zuriat.


#5 perkara yang sedang dilakukan#

1. tengah duduk depan pc sekarang nie
2. sambil2 tu edit layout
3. nie pun tengah edit en3 terbaru
4. edit lagu mp3
5. itu aje seperti diatas


Tak tahu nak kembangkan kepada siapa jadi setakat ini sajalah yer.

Thursday, August 23, 2007

Siaran Tergendala


Girly glitter comments from www.GirlyTags.com

Oleh kerana kesibukan sedang melanda diri akak dikala ini,oleh itu akak tidak berpeluang meluangkan masa di blog buat seketika waktu.Terima kasih kepada semua yang sudi menjenguk akak di sini.Ada kesempatan akan akak cuba melawati ke blog kalian.

Saturday, August 11, 2007

Suami Kita Di Akhirat Nanti...

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.

Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".

Thursday, August 09, 2007

Singapore Birthday

Wish to all Singaporeans a Happy National Day.Together we pray could live in happiness and harmonies.

Thursday, August 02, 2007

Blacky

Oleh kerana dah lama akak tak update,jadi akak ambillah kesempatan nak perkenalan anak angkat akak nie.Dah lama dah akak jaga cuma belum sempat upload gambarnya.



Orang kata black is beautykan...inilah Blacky,nak angkat akak.Yelah bila Ayie dah pergi sekolah adalah juga akak teman untuk bermain dan bercakap walaupun ia tak dapat membalas balik percakapan kitakan.Kalau dia bercakap dah pengsan dah akak..hehehehe.Usianya baru nak masuk sebulan lebih,akak ambil masa dia masih baby lagi bila mak dia tinggalkan dia.Memang nakal asyik nak gigit kaki akak je.Duduk kat rumah flat nie nak kenalah latih kucing keluar masuk bilik air.Nasib baik ia dah dengar kata.Mula-mula tu memanglah degil membuang kat ruang tamu tapi bila dah kena marah pandailah ia.Dapatlah Ayie teman bermain takdelah dia terasa sunyi.

Akak nie tak pandai bercerita panjang lebar,jadi akak mengundurkan diri dululah yer.Kalau ada sesiapa yang berkenan dengan anak angkat akak nie kenelah tunggu dia besar sikit barulah boleh masuk meminang..hihihihihi.

Tuesday, July 24, 2007

Dahulu Dan Sekarang

Baru dapat tag dari Fysal.Oleh kerana taggienya menarik akak pun curi-curi masa untuk update.Yelah lagipun dah lama dah letak entry terbarukan.Oleh kerana akak nie berkahwin tahun 1996 jadi terpaksalah akak letak gambar-gambar akak dari akak sekolah sehingga kini.Apa macam kalian tengok akak nie,tang mana yg banyak berubah.Akak rasa tang mukakan..siapa sokong angkat tangan..hihihi.


Sila-silalah tatapi wajah-wajah cun ni..(perasan je).Ada tidak perubahan fizikal atau apa-apa yang ketara tentang akak.

















Tuesday, July 17, 2007

Bulan Rejab

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Tuesday, June 26, 2007

8 Anugerah

**Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

**Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, di anugerahi kepadanya kekhusukan hati

**Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, di anugerahi kepadanya kelazatan ibadah

**Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, di anugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya)

**Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, di anugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya)

**Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia di anugerahi rasa cinta kepada akhirat

**Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri

**Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik

Friday, June 22, 2007

Salam Bahagia

Tanggal 22 Jun 2007 genap 11 tahun usia perkahwinan akak dan suami.Segala kesusahan,kesedihan dan kepayahan kami lalui bersama.Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan kebahgiaan buat selama-lamanya.Alhamdulillah setakat ini hubungan kami masih lagi utuh dan padu.Biar miskin harta dan hidup sederhana tapi kami gembira.Semoga kasih sayang antara kami akan terus disemai dengan baja-baja kemesraan dan akan kukuh teguh .Perpisahan hanya akan terjadi bila diantara kami akan dijemput pulang suatu hari nanti.InsyaAllah.

Selagi ada hayat,akan kami pertahanankan walaupun ranjau dan duri harus dilalui.Hanya keimanan dan ketaqwaan akan membantu kami menguatkan lagi tali yang masih terpatri ini.Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.Bohong kalau nak dikatakan tiada perselisihan..itu lumrah.Kadang-kadang percakaran itu perlu kerana ia adalah pemanis dalam rumahtangga.Yang penting mesti ada komunikasi yang baik dan saling percaya mempercayai.Sebagai seorang isteri dan wanita akak hanya dapat kongsikan bersama disini....jangan anggap suami adalah milik kita kerana dia juga dipinjamkan untuk kita.Jangan takut untuk kehilangannya kerana belum pasti dia yang pergi dulu.Tanggangi setiap pertelingkahan dengan bijak dan rasional kerana bila tidak menggunakan emosi segalanya terkawal.Paling penting tidak meragui kejujurannya.Semakin matang usia rumahtangga,semakin kita dapat berfikir dengan baik.Akak berharap dan berdoa semoga usia perkahwinan akak dan suami akan berpanjangan dan kekal bahagia dunia akhirat.

Kalau nak ditulis memang panjang lagi yang akak nak suarakan rasanya cukup setakat ini dulu k.Nanti ada kesempatan akak ceritakan pengalaman yang dilalui dan apa yang ada dalam fikiran akak.

Wednesday, June 13, 2007

Dihari Lahirku.

Hari ini akak masih diberi kesempatan lagi untuk melihat dunia yang fana ini.Tiada apa yang menarik untuk akak kongsikan disini hanya sekadar mengingati usia yang semakin meningkat ini.Siang tadi sempat berjalan-jalan dengan jiran sebelah rumah.Dia belanja makan...dah bersyukur ada yang sudi meraikan untuk akak.Thanks Manja .Petang tadi suami akak balik...dia bagi kejutan pula.Pemberian kerongsang warna ungu (gamba tak sempat nak upload) dari suami akak...warna yg memang menjadi kesukaan akak.Terharu kejap..mana tak sebelum ni tak pernah dia beri hadiah selama 10 tahun bernikah.Inilah kali pertama...akak memang tak mengharap apa-apa..sekadar doa dan kasih sayang yang dicurahkan sudah cukup memadai.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, June 11, 2007

Jalan-Jalan ke Jom Heboh

Seperti biasa Jom Heboh TV3 menuju ke destinasi seterusnya di Johor Bahru pada hari Sabtu dan Ahad lepas dan sempena cuti sekolah ini akak dan Ayie mengambil kesempatan ke sana buat pertama kalinya bersama teman-teman.Keluar seawal 7 pagi,sekitaran jom heboh agak lenggang...jadi dapatlah berjalan-jalan ke booth-booth sambil membeli barangan makanan dengan harga yg menarik.Memang penat melilau-lilau ke beberapa booth yang menjadi perhatian.Memandangkan masih terlalu awal kami ke sana,tidak ramai selebriti atau artis yang kami temui.Khemah yang ada di situ pun terlalu banyak,kami tidak berpeluang meninjau ke semua booth yang ada cuma beberapa booth aje yang sempat kami singgah.

Ayie pula mahu masuk ke rumah hantu jadi dia masuklah bersama kakaknya Budi,ingatkan dia tak berani.....bila keluar tersenyum lagi.Ingatkan nak tunggu rancangan Melodi ke udara tetapi memandangkan budak-budak dah penat berjalan dan memandangkan juga sudah terlalu ramai ribuan manusia mengisi kekosongan kawasan jom heboh,kami terpaksa pulang kerana tidak sanggup bersesak lagi.Cuaca pun agak panas.Takut nanti dekat Causeway traffic jam pula sebelah petangnya.

Sampai disini liputan akak dan disini ada beberapa gambar sebagai kenangan.

Dalam bas menuju JB

Depan rumah hantu

Depan kereta Ferrari

Bersama Arash dan Lan

Bersama Arash

Tuesday, May 29, 2007

Cuti Sekolah

Sekejap betul masa berlalu dan tahun 2007 pun hampir memasuki setengah tahun.Cuti sekolah pun bermula,disini cuti sekolah 4 minggu memang cuti sakan.Memandangkan Ayie ada latihan volleyball dekat sekolah dia jadi tidak merancanglah untuk kemana-mana,cuma berjalan dalan negara ajelah.Kalau tak pun pergi ke JB cuci mata.Lagipun sepupu Ayie pun turun ke mari,adalah teman menemaninya.

Cuti sekolah bermula,gedung-gedung membeli belah pun sibuk mengadakan jualan murah.Sibuklah orang kesana kemari membeli belah.Haiii kalau poket penuh sedaplah tetapi kalau poket tinggal saki baki aje...hanya tengok ajelah.

Cuti sekolah ini pun bukan sebagai peluang untuk Ayie bermain dan alpa dengan pelajaran.Naik aje semestar kedua..lagi banyaklah pelajaran yang berat-berat untuk dipelajari.Yelah kat sini,kalau malas belajar memang ketinggalan.Kenelah usaha lebih kuat dan disamping itu mendidik pun tidak boleh keras-keras..takut tidak boleh masuk dalam otak pulakan.

Memandangkan tiada cerita menarik yang nak ditulis disini,akak berundurlah dulu k.

Wednesday, May 23, 2007

Ayie Dan Peperiksaan

Rasa-rasanya lama juga akak tak mengisi blog akak nie dengan cerita atau info terkini.Bukan tak ada cerita baru cuma kadang-kadang tu penat sangat sampai nak mengadap pc pun rasa malas aje.Dah rindu dah kat blog akak nie.Buat semua adik dan kakak yang masih berkunjung ke sini,maaflah yer kerana tidak sempat ke blog kalian.Senang-senang akak jenguk kejap nanti k.


Lewat bulan April lalu,Ayie menduduki peperiksaan semesta pertamanya dan sebagai seorang ibu mesti akan merasai teramat risau.Bayangkanlah pertama kali duduki peperiksaan pasti tidak yakin dengan kemampuan Ayie.Macam-Macam difikiran...boleh ke tidak Ayie jawap soalan.Hari-hari berpesan jawab baik-baik dan baca arahan.Peperiksaan dah semestinya dalam bahasa inggeris kecuali BM lah....hihihihi


Hari ini debaran itu berakhir seketika,petang jadi perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru sekolah bertujuan untuk mengambil buku rekod peperiksaan.Bagaimana agaknya yer keputusan Ayie??Berbagai pertanyaan timbul.Memandangkan ini pertama kali Ayie menduduki peperiksaan almaklumlah baru darjah satukan,perasaan akak sebagai seorang ibu memang rasa bersyukur kerana Ayie lulus dengan kredit.Markahnya hampir 80% dan Bandnya 2 bagi matapelajaran utama.Tetapi kalau boleh mengharapkan Ayie mendapat keputusan yang cemerlang untuk mendapatkan Band 1.Nampak gayanya Ayie kenelah berusaha lebih kuat lagi untuk semestar akhir nanti.

Thursday, May 17, 2007

Msjbox Dah Kembali.

Fuhhh...bila tak dapat gunakan msjbox macam terasa ada kekurangan aje dalam blog akak nie.Nasib baik dah dapat gunakan msjbox.Ibarat msjbox nie dah jadi darah daging pula...hihihi.Yelah antara banyak-banyak tagboard,msjboxlah yang paling cute dan senang digunakan.

Terlebih dahulu akak nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih buat Shai diatas "hadiah" yang Shai berikan untuk akak.Walaupun kecil akak amat berbesar hati menerimanya...tak tahu akak nak cakap apa lagi.Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.Terima kasih sekali lagi Shai.Akak tidak tahu apa lagi yang dapat akak katakan cuma akak dapat doakan agar Shai sentiasa diberikan rezeki yang berlipat ganda.

Tuesday, May 15, 2007

The ECHO of LIFE

A man and his son were walking in the forest.

Suddenly the boy trips and feeling a sharp pain he screams, "Ahhhh....."

Surprised, he hears a voice coming from teh mountain "Ahhhh....."

Filled with curiosity, he screams : "Who are you?",but the only answer he receives is : "Who are you ?"

This makes he angry, so he screams :"You are coward!", and the voice answers :"You are coward!"

He looks at his father, "Dad..what is going on?""Son," the man replies, "pay attention!",

Then the screams, "I Admire you!"The voice answer "I Admire you!"

The father shouts, "You are wonderful !"and the voice answers , "You are wonderful!"

The boy is surprised, but still can't understand what is going on.Then the father explains, "People call this 'ECHO', but truly it is 'LIFE'!, Life always gives back what you give out! life is a mirror of your actions. If you want more love, give more love! If you want more kindness, give more kindness!, If you want understanding and respect, give understanding and respect!, If you want people to be patience and respectful to you, give patience and respect!, This rule is nature applies to every aspect of your lives"

LIFE ALWAYS GIVE BACK WHAT YOU GIVE OUT. YOUR LIFE IS NOT A COINCIDENCE, BUT A MIRROR OF YOUR OWN DOINGS.

Saturday, May 12, 2007

IBU.....

Selama 9 tahun bergelar ibu,banyak yang dapat akak lalui disepanjang perjalanan hidup ini.Mengharapkan kehadiran permata pertama iaitu Siti Hazwani sebagai penyeri rumahtangga hanya sekadar dipinggiran.Bila kegembiraan itu diselit dengan airmata membuatkan akak merasakan seolah-olah harapan itu tidak ada lagi.Tetapi Allah maha pengasih,Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.Kehadiran anak kedua Zulfadhli dapat mengurangkan kesedihan sedikit sebanyak mengubah kehidupan akak dan suami.Cahaya yang suram kembali bersinar dan detik-detik itu begitu menyeronokkan dan pasti tiada lagi kedukaan selepas itu.

Namun disangka panas hingga ke petang,tetapi hujan ditengahari.Sebaik Zulhilmi disahkan mengidap penyakit yang sama,bertapa patahnya hati ini namun kekuatan itu tetap ada.Sudah terbayang akan kehilangan seorang lagi permata dalam keluarga kami.Semangat Hilmi untuk meneruskan kehidupan walaupun melalui berbagai rintangan dan penderitaan memberikan akak semangat baru.Walaupun pergorbanan harus dilakukan,sekurang-kurangnya pengalaman menjaga Hilmi selama 5 tahun dapat dijadikan memori yang paling indah untuk dipatrikan sebagai kenangan.Setiap kali difikirkan apakah ini pembalasan atau ujian dariNYA,sebagai manusia yang lemah pasti tidak dapat lari dari digoda oleh syaitan.Airmata yang mengalir sudah hampir kering,lama-kelamaan bila melihat kekuatan Hilmi mengatasi kesakitannya akhirnya memberikan akak semangat baru.Tahun-tahun yang dilalui penuh dengan keceriaan dan tekanan dapat akak atasi.Bila kita lakukan dengan ikhlas,kita dapat merasai ketenangannya.

Masih akak ingat tahun 2004,apabila TV3 menawarkan kisah Hilmi disiarkan untuk rancangan NONA terasa seketika bagaikan dunia akak tidak hanya dirumah dan sekurang-kurangnya dengan berkongsi kisah dapat juga mengurangkan tekanan akak.Kisah Hilmi disiarkan pada hari ibu juga dan perkara yang amat menarik hati,kisah Hilmi adalah yang pertama disiarkan walaupun ada 2 atau 3 lagi kisah keluarga lain.Bertapa akak berterima kasih teramat sangat kerana pihak TV3 yang dihadiri oleh Azizzh Ariffin ketika itu sebagai pengacara berserta Tuan Zahiah dan krew-krew dengan susah payah sanggup mengunjungi ke teratak akak ini.

Selepas itu kisah Hilmi tersiar lagi di sini,sekali dalam akbar The News Paper,Berita Minggu dan satu lagi di tv Channel News Asia.Berkongsi cerita dapat memberikan inspirasi buat mereka yang senasib dengan akak.Terus terang akak katakan,pengalaman ini adalah yang paling manis semenjak akak bergelar ibu tetapi itu bukan bermakna akak ingin melalui detik-detik sedih itu sekali lagi.Apa yang akak harapkan semoga masih ada harapan untuk akak mendapatkan seorang lagi permata untuk menambahkan seri dalam keluarga kami.Seandainya tiada,inilah yang terakhir,bukan tidak redha menerima ketentuan Illahi tetapi hati kecil akak sebagai seorang ibu tidak terdaya melihat seorang lagi anak menderita di dunia yang fana ini.

Akak juga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu-ibu,samada yang mengunjungi ke blog ini dan buat mak akak....semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNYA.

Friday, May 11, 2007

Problem....Problem....

Entahlah...akak pun tak tahu kenapa,rasa2nya dah hampir seminggu dah blogspot dari pc akak jadi macam nie.Nak edit pun susah,nak letak font dan color pun tak boleh.Kata admin dah ok errornya tapi akak tengok macam tu gak...blur jap!!Semuanya serba tak kenalah.Rasa geram pun ada.Jadi akak pun nak menanyalah kat sape2 yang menggunakan blogspot nie.Ada ke mengalami masalah seperti yang akak alami sekarang nie.Tolong ler akak nie....hihihihih.

Saturday, May 05, 2007

Setahun Dalam Kenangan


Hari ini genap setahun arwah Hilmi "pergi".Sungguh pantas masa berlalu seolah-olah dirasakan baru semalam arwahnya ada di depan mata akak.Kenangan bersamanya akan terus tersimpul dan akan menjadi memori yang begitu indah untuk dikenang.Walaupun masih ada airmata yang menitis,hidup ini harus diteruskan.

Tidak mungkin dapat ibu lupakan,Hilmilah sumber inspirasi dan pemberi semangat buat ibu.Tidak mungkin ibu akan menjadi sekuat itu.Melalui kehidupan yang harus diselitkan dengan pergorbanan.Tiada manusia yang tidak inginkan kesempurnaan dalam hidup ini...dan sebagai manusia biasa juga diri ini tidak akan dapat lari dari dugaan dan ujian.Melalui liku-liku hidup bersama Hilmi memang mencabar keimanan ibu.Melihat penderitaanmu dulu juga membuatkan hati dirutun pilu.Apabila memandang wajahmu yang sayup dan bercahaya itu sesungguhnya akan meredupkan seketika rasa kecewa dihati.

Hanya doa yang akan ibu,ayah dan abang Ayie kirimkan.Maafkan ibu kerana tidak dapat meneruskan bait-bait ayat ini.Ibu khuatir tidak dapat meneruskannya kerana ia akan membuatkan airmata ibu berjurai-jurai jatuh.Alfatihah buat permata hati ibu semoga dikau gembira "disana".

Friday, April 27, 2007

Mutiara Kata


1.Janganlah kamu mengkagumi amal sesaorang, sehingga kamu dapat menyaksikan hasil akhir kerjanya,

2.Orang tidak berilmu umpama sampan tanpa pendayung.

3.Membantu orang malas umpama memasang pelita waktu siang.

4.Hari yang mendatang tidak memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

5.Apakah yang dapat kita jadikan harta dimasa hadapan jika makanan hari ini habis semalam, dan makanan esok habis hari ini.

6.Bersyukurlah dengan apa yang ada, agar kita lebih menghargai kehidupan.

7.Tubuh kita adalah taman, dimana semangat kita adalah tukang kebunnya.

8.Manusia jarang mengenang jasa orang lain, sebaliknya sering mencari kesilapan mereka.

9.Musuh menikam kita dari depan, tetapi kawan menikam kita dari belakang.

10.Jangan membiarkan api menyala didalam rumah kamu selama kamu tidur.

11.Berpuas hatilah dengan apa yang kita ada sekarang, kerana apa yang kita ada sekarang, tidak semestinya kekal hingga keesokan harinya.

12.Jangan memandang mudah setiap kesalahan tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu sakiti.

13.Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk yang keji dan yang ucapannya kotor.

14.Dunia adalah bayangan kematian.

15.Sebodoh-bodoh monyet ia pasti akan ketawa apabila melihat manusia bertenggek sepertinya.

16.Kesedaran tidak pernah datang selagi manusia belum terlanjur dan tersilap langkah.

17.Didalam berat timbangan undang-undang, tidak terdapat walaupun sedikitpun kasih sayang.

18.Tiada lurus iman sesaorang hamba sehingga lurus hatinya dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.

19.Perwatakan adalah hasil daripada dua perkara, iaitu pemikiran dan cara kita menghabiskan masa.

20.Masa muda kepercayaan dan keyakinan, masa tua keraguan dan ketakutan.



Sumbangan : lyn

Tuesday, April 24, 2007

Update!!



Apa kabar semua??Sebenarnya akak takde cerita baru untuk dikongsi bersama.Dihimpit kesibukan apatah lagi ditambah dengan Ayie yang sedang menduduki peperiksaan awal tahun.Kali pertama Ayie ambil peperiksaan,akak pula yang risau...agaknya boleh ke Ayie buat nie.InsyaAllah....All the best to my sweetheart!!

Monday, April 16, 2007

Puisi Rumahtangga


SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Monday, April 09, 2007

Hanya Memori

Tiada ucapan yang dapat dilafazkan,hanya kenangan yang terpahat diingatan sebagai tanda kehadiran arwah Hilmi pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan akak sekeluarga.Sepatutnya tahun ini arwah mencapai usia 5 tahun,namun Allah lebih menyayanginya.Hanya doa yang dapat disampaikan untuk mengubat rindu dihati.Sungguh pantas masa berlalu,seolah-olah baru semalam arwahnya pergi.Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Al-fatihah buat permata ibu dan ayah.Kasih sayang yang dicurahkan belum sepenuhnya apakan daya dikau telah "pergi" dahulu.Siapa yang tidak merinduimu....sagala yang dilalui bersama masih terpahat diingatan.Rasanya belum puas membelai dan menjagamu.Namun kehendak tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya.Andai masa yang lalu boleh kembali,akan ibu jaga dirimu sepanjang hayat,namun kerisauan tetap terpatri...andai ibu yang "pergi" dulu,siapalah yang sanggup untuk menjaga diri mu.Bukan ibu katakan ibu telah menjagamu dengan baik,malah masih terasa kekurangan dalam diri ibu,adakah ibu telah menunaikan tanggungjawab itu dgn sempurna.Ibu insan biasa,tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Perasaan takut,bimbang dan berbagai-bagai itu tetap ada sewaktu hayatmu sayang.Seandainya ibu tidak menjagamu dengan baik dan telah menyakitimu sayang.....maafkanlah ibu kerana ibu telah cuba sedaya upaya dengan baik.


Bukan rezeki ibu untuk membelaimu...dan Dia lebih mengetahuinya.Sekurang-kurangnya ibu diberi peluang untuk menjagamu sayang dan ia memberikan erti apakah nilai kasih sayang dan tanggungjawab yang sebenarnya.Ibu telah terpilih untuk menerima kehadiranmu dan pasti tidak semua ibu-ibu dapat merasainya...seharusnya ibu bersyukur.Sekiranya kita diuji itu tandanya Allah sayangkan kita.Setiap manusia menghadapi ujian dan dugaan dengan berbagai cara.

Friday, April 06, 2007

Tersentuh Hati Ini



Minggu lepas kedengaran keluhan dari mulut Ayie.Bukan keluhan yang membebankan tetapi kata-kata yang membuat hati akak tersentuh tatkala mendengarnya.Rasa-rasanya sudah hampir 2 bulan akak sekeluarga tidak berkunjung ke pusara.Beberapa patah perkataan yang terkeluar dari mulut Ayie ialah:
"lama dah tak pergi tengok Hilmi."Bila kita nak pergi pusara tengok Hilmi."
Wajah Ayie kelihatan berubah.Dapat akak rasakan ada kerinduan dalam hatinya.Terganggu gugat seketika perasaan akak dan suami.Dalam 2 bulan nie masing-masing agak sibuk.Hendak pergi sendiri memang susah sikit kawasan pusara di sini.Jauh kependalaman.Dalam beberapa hari ini juga,terasa kerinduan terhadap arwah.Kenangan bersama arwah sedikit-sedikit menjelma diingatan.
Hari ini sekali lagi Ayie bersuara tentang arwah.Solat maghrib tadi Ayie lakukan sendirian,sebab ayahnya pun balik lewat dan akak masih di dapur.Walaupun dia tidak pandai membaca ayat-ayat suci...dia hanya lakukan mengikut rakaat sahaja.Selesai solat dia meluru ke arah akak untuk bersalam.Lepas tu Ayie cakap:
"Ayie doakan untuk Hilmi."
Akak pun cuba bertanya Ayie baca apa??Dia tak cakap...Hati akak terusik seketika.

Monday, April 02, 2007

Taggie

Oleh kerana akak telah ditag oleh shayz...kenalah akak menjawabnya (bukan terpaksa tau shayz).Memandangkan ada masa terluang sekarang ini bolehlah akak buat entry baru.

Taggie tentang DITINGGALKAN DAN MENINGGALKAN.Bila direnungkan banyak maksud tersirat.Sebagai pemulaan akak ingin bercerita tentang akak semasa muda-muda dulu (sedar diri dah tua skrg nie..hehehe).Perkataan ditinggalkan memang tidak ada dalam kamus kehidupan akak,lebih-lebih masa remaja dulu..sewaktu tengah bercinta monyet.Kalau nak tahu akak yang selalu tinggalkan mereka.Jadi tidak pernahlah rasa terkecewa kerana ditinggalkan.

Keinginan untuk melanjutkan pelajaran sampai ke menara gading itu memang ada cuma nasib tidak menyebelahi akak.Bukan tak pandai cuma malas aje..hihihihi.Memanglah terasa sedih juga disaat meninggalkan alam persekolahan.Bila dikenangkan terasa seronok dan kalau boleh hendak kembali ke zaman itu.Tapi apa yang daya....masa tidak boleh diputarkan kebelakang.Bila dah berumahtangga nie,lebih-lebih lagi dah jadi isteri dan ibu...tak berpeluang lagilah nak berhubung dengan teman-teman sekolah.Zaman akak dulu mana ada handphone dan komputerkan...jadi perhubungan hanya terkubur begitu sahaja.Tiada lagi khabar berita dari teman-teman lama.

Sekarang ini apabila menyebut tentang ditinggalkan,memang terasa sedih.Dua insan tersayang akak telah pergi meninggalkan akak buat selama-lamanya.Bila akak sudah merasai perasaan DITINGGALKAN memanglah tidak diakui siapa yang sanggup kehilangan mereka yang kita sayang.Sekiranya ditinggalkan didunia ini pasti akan dapat bertemu kembali sekiranya diizinkan tetapi bila seseorang itu telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya hanya kenangan menjadi pengubat rindu.

Sampai disini dululah yer.... kalau melalut panjang-panjang takut sebak pula...nanti meleleh airmata tak henti-henti...bengkak pula mata nie.
Crying 1Happy

Saturday, March 31, 2007

Maulidur Rasul

SABAN tahun, tabir Rabiulawal disingkap memperingati insan agung iaitu Nabi Muhammad SAW yang diutuskan bagi memimpin umat manusia. Menjadi kebiasaan bagi kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia dari Timur hingga ke Barat menyambut Maulidur Rasul.

Persoalannya, bagaimanakah kita menyambut Maulidur Rasul? Apakah bentuk pengisian paling penting dalam sambutan Maulidur Rasul?

Tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk memperingati jasa dan perjuangan Baginda dalam memperjuangkan agama Allah (Islam) supaya ia sampai kepada umatnya hari ini.

Selain memperingati Baginda, tujuan paling besar merangkumi perkara yang kita lakukan ialah mencari keredaan Allah, yang akhirnya menjadi sebab untuk mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelak. Maka, semestinya kita wajib menghayati sunnah Baginda dalam setiap urusan kehidupan, terutama dalam perkara berikut:

Mengikut jejak Baginda dalam ibadah kepada Allah.

Rasulullah SAW dalam melakukan ibadahnya kepada Allah amat tekun sekali, sehingga digambarkan menerusi sebuah hadis yang menunjukkan kaki Baginda bengkak kerana berdiri terlalu lama dalam 'membangunkan malam' dengan qiamullail.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya, apabila Rasulullah SAW bangun malam untuk melakukan solat, bengkak kedua-dua kakinya. Apabila ditanya oleh Aisyah: “Ya Rasulullah SAW, mengapa engkau masih bersusah payah begini, sedangkan diampun bagimu dosa yang telah lalu dan akan datang?” Jawab Baginda: “Wahai Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba yang patut bersyukur?" (Hadis riwayat Ahmad).


Mengikut jejak Baginda dalam perkara taat kepada Allah.

Rasulullah SAW digambarkan seorang yang amat menjaga hubungannya dengan Allah dalam setiap perkara seperti sentiasa berdoa ketika keluar dari rumah, ketika makan, bangun dari tidur dan banyak lagi. Baginda tidak lekang memperbanyakkan berdoa dan merendah diri kepada Allah.


Mencontohi Rasulullah SAW dengan ketinggian akhlak dan budi pekertinya.

Rasulullah SAW reda dalam setiap perkara yang menimpa dirinya. Baginda meninggalkan kesan yang cukup besar dalam gerakan dakwah Islam yang semestinya diikuti oleh umatnya hari ini.

Baginda rela dicerca, dihina dan diberikan tentangan yang maha hebat ketika menyampaikan dakwah Islam sehingga menitis darah dari tubuhnya semata-mata menuntut keredaan Allah. Rasulullah SAW mendoakan mereka yang menentang usaha dakwahnya dengan berdoa: "Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui." Berkat kesabaran dan ketabahan Baginda, Islam dapat bertapak di hati kita umat Islam hari ini.

Imam Ahmad Ibn Hanbal meriwayatkan daripada Aisyah, katanya: "Nabi Muhammad SAW tidak pernah memukul khadam lelaki dengan tangannya dan tidak juga memukul khadam perempuan, juga tidak pernah memukul dengan tangannya melainkan dalam perkara jihad pada jalan Allah. Tidak pernah memilih di antara dua perkara melainkan yang disukainya ialah perkara yang paling mudah dilakukannya supaya tidak berdosa.

Apabila perkara itu mengandungi dosa, Bagindalah orang yang paling menjauhi daripada dosa dan tidak menuntut bela bagi dirinya daripada sesuatu yang didatangkan kepadanya, melainkan jika perkara itu mencemarkan kehormatan Allah."


Mencontohi Rasulullah SAW dengan kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.

Kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah tidak dapat ditandingi. Begitu juga, pendirian Baginda yang tetap dalam memperjuangkan agama Islam dan syariatnya. Prinsip perjuangan tetap teguh walaupun terdedah dengan pelbagai tentangan.


Mencontohi Rasulullah SAW dalam cintanya terhadap sahabat dan umatnya.

Kasih sayang Rasulullah SAW terhadap sahabat dan umatnya tidak dapat disangkal lagi. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman." (Surah at–Taubah, ayat 128).



Sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 1428H,akak juga ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua.

Sama-samalah kita jadikan Baginda Rasulullah contoh dan idola terbaik untuk kesejahteraan hidup kita.

Tuesday, March 27, 2007

40th Birthday

Buat pertama kalinya tahun ini ulangtahun kelahiran suami akak disambut bersama-sama jiran sebelah rumah akak iaitu Masudi dan Manja.Lagipun jamuannya pun dibuat dirumah mereka untuk memberikan kejutan buat suami akak.Selama ini kami sekeluarga pun belum pernah meraikannya.Kejutan ini dilakukan sempena hari lahir suami akak yang ke 40 tahun.Takdelah buat besar....hanya makan kecil dan diselitkan dengan doa selamat sahaja.Kata orang "Life Begins at 40".

Sempena masuk umur 40 tahun nie,akak berdoakan agar suami akak akan menjadi suami mithali dan beriman agar dapat membimbing akak dan Ayie ke jalan yang diredhai Allah swt.Semoga rumahtangga kami terus kekal hingga ke akhir hayat dan menjadi seorang suami/ayah yang sentiasa perihatin dan penyayang buat kami.Agar diberikan kesihatan yang baik,rezeki yang sentiasa murah dan dipanjangkan umur.

"Selamat menyambut ulangtahun yang ke 40 buat abang dan ingat selalu semakin bertambah usia nie kenalah semakin matang jangan nak mengatal pula tau...hihihi"

Saturday, March 24, 2007

My Pets

Baru akak berkesempatan nak memberikan anti dot virus nie..hehehe.Jangan mare yer nuuol....sibuk sangatlah!!Masa akak muda2 dulu ada bela tiga ekor anak kucing,namanya Didi,Dada dan Dudu.Ketiga-tiganya warna kucing pun sama seakan-akan kalbu yang bertompok-tompok sedikit.Akak dan adik-adik membela mereka sejak mereka dilahirkan sehinggalah ke akhir hayat mereka.Kenapa akak suka kucing??Biasalah kucingkan binatang kesayangan semua,cute dan manja.Tengok wajah mereka aje terasa kesian.Jadi siapa-siapa yang nak main dan tolong akak bagi mkn kucing akak nie...sila-silalah yer...jangan malu-malu..hihihihi


Virus nie pun dah tamat tempoh...akak pun tak tahu nak sebarkan kat siapa jadi ia hanya disini ajelah k.


Saturday, March 17, 2007

Hidup kita cuma...

Hidup kita cuma dalam 3 hari:

1.Semalam-sudah menjadi sejarah
2.Hari ini-apa yang sedang kita lakukan
3.Esok-hari yang belum pasti


Hisablah hari pertama, semoga hari kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua

Hidup cuma dalam dua nafas:

1. Nafas naik
2. Nafas turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dab carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Hidup yang abadi hanya ada dua tempat:

1.Kekal di dalam neraka
2.Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terfikir oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan Rukun Islam yang lima itu dan puncaknya adalah SOLAT; Amat sukar dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang ingin menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai 'boarding pass'. Mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem, apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:

1.Dia mungkin didenda
2.Segala suratnya masuk tong sampah

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekurang-nya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang;lalu masuk ke syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

10 PERINGATAN BUMI

Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara:

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab dalm perutku
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah engkau akan menangis di dalam perutku
4. Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku. Tetapi ingatlah engkau akan menyesal di dalam perutku
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina di dalam perutku
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku
10. Engkau hidup di atas belakang beramai2, tetapi ingatlah engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Cinta 2

Cintaku pada-Mu
Tanpa huruf merangkai bicara
Tanpa kata meneman bahasa

Aku arif makna cinta-Mu
Setelah harapan Kau punahkan
Setelah perintah-Mu tidak terpenuhkan
Dan cemburu-Mu menetaskan keimanan
Lalu ku hamparkan fitrah kerelaan
Demi satu pertemuan di seberang kehidupan

Cintaku pada-Mu
Membakar segala sangsi
Memusnah sirna wujudku sendiri

Diracik munajat ku serkap cinta-Mu
Kucumbu anugerah-Mu di sofa pasrah
Terlebu malu di lipatan makrifat
Dan air mataku jadikan intan
Tersusun indah di rantai rindu
Kuserahkan pada-Mu lambang percintaan
Mengiring jeritan di kalbu shahdu

Tuhan
Pedati cintaku sarat hajat
Pendati cinta-Mu sarat rahmat.

Sunday, March 11, 2007

Tag - "My Desktop"

Kene tag dengan cikgu nuuol...jadi siapa-siapa yang nak tengok desktop akak,ia adalah seperti yang terletak dibawah ini.Background desktop akak sering bertukar-tukar gambarnya kerana akak gunakan Webshots Desktop.Sebab itulah kat desktop akak ada kalender.Dekat sini kalian hanya dapat tengok satu background ajelah yer.


Resolution :
800 by 600 pixel (right click/properties/setting)

Laptop, LCD or CRT monitor : CRT Monitor.

Using this desktop since : September 2003.

Kalau boleh akak nak tengok desktop:Shayz,Aza,Nash...siapa lagi erkkkk..hehehe.Rasa2nya ramai dah kene tagkan.

Monday, March 05, 2007

Appreciate What You Have

I asked Allah why I wasn't rich. And he showed me a man with the wealth of a thousand kings, who was lonely, and had no one to share it with.

I asked Allah why I wasn't handsome. And he showed me a men more handsome than any other, who was ugly because of his vanity.

I asked Allah why he'd allowed me to become old. And he showed me a boy of 16, who lay dead at a scene of a car accident.


I asked Allah why I didn't have a bigger house. And he showed me a family of six, who'd just got evicted from their tiny shack, and were forced to live on the street.

I asked Allah why I had to work. And he showed me a man who couldn't find a decent job, because he had never learned to read.

I asked Allah why I wasn't popular. And he showed me a socialite with a thousand friends, who all left the minute the money and fun were no longer there.

I asked Allah why I wasn't smarter. And he showed me a natural born genius,who was serving life in prison for making ill use of his knowledge.

I asked Allah why He put up with a thankless sinner like me. And he showed me His Quraan, and the sacrifices of his beloved Prophet, And i knew then how much He loved me.

Allah Loves You

wassalam

When the going gets tough, the tough gets going.....

Sumbangan : adelia

Wednesday, February 28, 2007

Kebenaran Yang Pelik!!

Kak long dah sebarkan virus nie kat saya,kenelah saya bagikan antidotnya yer...Ini adalah 6 perkara yang pelik tentang diri ini.

1.Suka sangat dengan kopi dan coklat..tak kira apa jenis sekali pun.Apa yang berkaitan dengan kedua2 perkara ini mesti nak beli.

2.Kalau pergi shopping atau ronda2 aje..pasti cepat sangat dah nak balik...tak boleh jalan lama-lama nanti kepala mulalah nak sakit.

3.Dapat merasai sesuatu yang buruk akan berlaku....tetapi terlalu sukar untuk menyampaikannya,kerana tidak tahu bagaimana harus diceritakan.

4.Boleh bermimpi walaupun hanya tidur seminit...dan setiap kali tidur atau tertidur sekejap sahaja tidak pernah sekalipun tidak bermimpi..tapi inilah kebenarannya.Ada sesetengah mimpi itu benar dan ada yg hanya sebagai permainan tidur saje.

5.Dah banyak kali tercedera (masa kecil..tulah nakal sangatkan!!) tetapi tidak pernah masuk hospital.Agak teruk juga kecederaannya seperti jatuh dari atas papan lungsur,dahi pecah (smpi sekarang ada tanda tersebut),belakang kepala cedera,kena minyak panas di kedua2 bahagian kaki dari lutut ke bawah...dan ada lagi sampai dah tak ingat lagi!!

6.Seorang yang kuat semangat dari segi dalaman tetapi kalau belajar memandu atau yg berkaitan dgn jalan raya,kalau dah terjatuh pasti tak mau cuba lagi walaupun keinginan itu ada.Disuruh macam mana sekalipun...tiada hati hendak belajar sebab fobia bila sebut tentang pemanduan.

Tak tahu nak sebarkan kat sesiapa lagi..pasti ramai dah dapat virus nie..Jadi virus ini hanya setakat ini sahaja.

Monday, February 26, 2007

Perkara2 Yang Akan Menyebabkan Kepapaan.

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...

6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10.Bermudah-mudah membazirkan makanan...

11.Selalu makan ketika hadas besar...
12.Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13.Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14.Bersifat bakhil...
15.Sentiasa tidur telanjang...

16.Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17.Menjahit pakaian di badan...
18.Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19.Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20.Selalu membasuh tangan dengan tanah...

21.Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22.Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23.Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24.Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25.Menyapu sampah di waktu malam...

26.Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27.Selalu membakar kulit bawang...

Wallahualam...Renung2kanlah...Setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu adalah kerana perbuatan kita sendiri.

Monday, February 19, 2007

Wanita Mithali

1. Mithali bermaksud "baik, boleh dicontohi, solehah.." (mithali berasal dari perkataan misal iaitu contoh)

2. Rasullullah s.a.w. bersabda "Dunia ini baik tetapi yang paling baik ialah isteri solehah"

3. Isteri yang menyediakan minuman dan memberi suami minum dapat pahala seperti solat malam.

4. Di dalam Al-Quran ada banyak gambaran tentang isteri solehah dan kita di zaman moden ni kena apply according to perubahan masa. Yang penting ialah intipati isteri solehah. Antara gambarn-gambarn itu ialah :

(a) Khadijah isteri Rasul Allah : membantu Rasul Allah dalam kewangan
(b) Aisyah : kelebihannya ialah beliau kreatif, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pandai menghibur Rasul Allah. Pernah pada suatu masa Rasul Allah jatuh sakit, Saidatina Aisyah mengubat baginda. Baginda Rasul Allah bertanya : Ya Aisyah, bagaimana tuan hamba tahu mengubati saya?"jawab Saidatina "Aisyah " Ya Rasul Allah, saya belajar tentang ubat-ubat herba ini dari orang-orang yang datang berjumpa kamu".

5. Rasul Allah bersabda ; "Wanita amat mudah memasuki syurga.Sekiranya kamu
(1) mengerjakan sembahyang 5 waktu
(2) berpuasa di bulan Ramadhan
(3) mentaati suami
(4) menjaga kehormatan diri

Allah menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."

6. Selain daripada 4 perkara di atas, isteri mithali juga mesti memastikan bahawa tanggung jawab diri sendiri sudah dilaksanakan seperti jaga kebersihan diri, jaga sembahyang, pastikan kiraan haid betul supaya tahu bila nak bersuci, begitu juga dengan kiraan nifas dan tatarias diri. Selepas mandi hadas besar setelah bersuci dari haid & nifas, wanita perlu ambil minyak wangi dengan kapas dan menyapu minyak wangi tersebut di tempat keluar haid dan nifas. Ini ajaran Rasul Allah s.a.w.

7. Wanita juga perlu ada inisiatif untuk mencari ilmu, tidak perlu tunggu suami. Rasul Allah bersabda : Wanita yang paling baik ialah wanita Ansar yang tahu menunggang unta dan dalam masa yang sama tidak malu untuk mencari ilmu". Bagi wanita di zaman sekarang , unta itu ibarat kereta(kenderaan). Wanita boleh cari pendapatan sendiri supaya boleh membantu suami seperti Saidatina Khadijah dan dapat bersedekah dengan wang pendapatannya.

8. Wanita mesti tahu menjaga kehormatan diri. Selain dari menjaga kehormatan , wanita juga perlu tahu kemampuan diri. Contohnya, katalah suami inginkan ramai anak, sebagai isteri wanita sanggup melahirkannya. Tapi selalunya wanita yang telah melahirkan anak yang ramai akan kelihatan cepat tua. Si suami pula, bila dah macam tu suka cari yang lain.Kasihan wanita. Justeru itu, wanita juga berhak membuat keputusan, bukan suami sahaja. Dia mesti tahu kemampuan kesihatannya.

Bagi pasangan zaman sekarang, ramai yang pergi bekerja & berjumpadengan orang lain di tempat kerja. Pada masa inilah iman perlu kuat.Suami perlu tahu kehendak isteri dan isteri perlu tahu kehendak suami supayamasing-masing tidak mencari yang lain. Contohnya, bila tiba harijadi isteri, suami tak beri apa-apa pun, ucapan pun tidak tapi Boss di tempat kerja beri hadiah dan kawan-kawan belanja makan. Si isteri gembira dapat perhatian dari orang lain. Jadi, si isteri ,mungkin lebih sayangkan Boss daripada suami.

Kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap sesuatu ada kebaikan.Jangan bandingkan suami kita dengan orang lain, i.e. suami si polan tu rajin tolong bini dia masak tapi abang tak...dan macam-macam lagi. Mana tahu suami si polan tu suka membebel pula dan suami kita tidak...janganlah sampai suami kita membandingkan kita dengan isteri orang atau wanita lain...buruk akibatnya...

Dalam peristiwa Isra' & Mi'raj ini,golongan lelaki & perempuan yang tak pandai jaga kehormatan diri di panggil " orang-orang yang memakan daging haram". Contohnya : suami yang ada affair dengan isteri orang dan sebaliknya.

9. Dalam surah Al-Imraan, Allah dah menerangkan bahawa lumrah lelaki ialah mereka memang sukakan wanita. Justeru itu isteri mesti pandai menjaga hati suami.

10. Jangan dibuai rasa sunyi. Sekiranya suami pergi outstation lama-lama, si isteri mesti pandai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti2 berkumpulan seperti berpersatuan dan sebagainya. Jangan disebabkan rasa sunyi kita akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

11. Taat pada suami. Rasul Allah berkata; "Inilah yang paling susah" Sebagai contoh, sekiranya suami marahkan anak, si isteri janganlah menyebelahi anak dan memalukan suami di hadapan anak. Pernah suatu masa dahulu, Saidatina Aisyah sudah menjahit langsir dan digantung di jendela. Bila Rasulallah pulang, Baginda berkata pada
Aisyah " Wahai Aisyah, bukankah kain itu lebih baik dibuat bantal?" Tanpa berlengah, Saidatina Aisyah terus turunkan langsir itu dan memotong kain langsir tersebut untuk dijadikan bantal.

12. Suami dan isteri tidak perlu berkira tentang soal peranan.Takut nanti masing-masing akan menyalahkan satu sama lain. Suami isteri haruslah bertaqwa. Rasul Allah bersabda : "Saling memaafkanlah di antara kamu kerana itu lebih hampir kepada ketaqwaan".

13. Isteri perlu dapat sokongan dari suami untuk menjadi isteri solehah. Jangan nakkan isteri baik tapi suami tidak berperangai sepatutnya. Walaupun begitu, ada di dalam Al Quran tentang isteri beriman tetapi suaminya tidak. Contohnya Asiah isteri Firaun. Di situasi begini, si isteri perlu membimbing suami, sentiasa bersabar dan yakin pertolongan Allah akan tiba. Sentiasalah berdoa dan percayalah bahawa setiap orang ada kelebihannya masing-masing.

Allah telah berjanji " Manusia ini lemah, bagaimana sombongnya dia, ada satu titik kelemahan padanya". Yakinlah bahawa Allah akan mengubah suami yang tinggi egonya, sombong. Lelaki perlu ada ego tapi tidak boleh keterlaluan. Ego itu perlu spt. cemburu melihat isteri bergaul bebas dengan bukan muhrim. kalau tiada perasaan ini, suami itu tiada sifat kelelakian. Janganlah jadi dayus.


.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*


1. Rasul Allah bersabda, lebih kurang maksudnya :

" Sekali kita berbuat baik, tidak diingati tetapi sekali kita berbuat jahat, akan diingat selamanya".

"Seorang bertanya : Ya Rasul Allah, apakah itu agama? Agama itu ialah jangan marah ."

" Kepada lelaki yang nak berkahwin, kahwinlah dengan wanita yang boleh beranak kerana dia pandai berkasih sayang. Sekiranya dia tidak boleh beranak, carilah yang pandai menyayangi".

2. Wanita perlu pandai menjaga diri hingga ke usia tua.

3. Ayat Al-Quran yang menerangkan kedudukan wanita ketika usia menopause ialah An-Nur : 60. Di dalam ayat ini diterangkan bahawa wanita hendaklah menjaga kelakuan mereka supaya mereka sopan. jalinkan kemesraan bersama suami dan lakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama.

4. Hadith Rasul Allah s.a.w. : "Mana-mana isteri yang melayan kehendak kelamin suami akan mendapat pahala seperti sembahyang malam."

5. Isteri mestilah mendapat redha suami, sokongan dan persetujuannya. Mesti pandai tunjukkan kasih sayang, pabila disuruh ia taat dan pastikan rezeki di rumah itu adalah dari sumber yang halal. Rabi'atul 'Adawiyah pernah berkata kepada ayahnya :" Aku sanggup berlapar dari makan makanan yang haram."Perkara yang paling penting ialah mendapat keberkatan dari rezekiyang sedikit tetapi mencukupi, bukan yang banyak tetapi tidak mencukupi.

Perkara-perkara yang menghalang dari menjadi mithali :
1. Terlalu cemburukan suami
2. Mengabai hak suami
3. Mengelak hubungan kelamin tanpa sebab.
4. Tidak mahu menemankan suami tidur.
5. Bergaduh tentang perkara yang kecil, remeh temeh.

6. Isteri yang baik ialah isteri yang mahu kebaikan untuk suami.Suami sepatutnya menjadi Imam dan isteri pendokong kepada suami.Sebenarnya, di setiap kejayaan sebuah rumahtangga, di belakangnya ialah seorang isteri.

Perlu berjihad di dalam rumahtangga, berkorban untuk kebahagiaan rumah tangga.

Suami & Isteri perlulah sentiasa berpesan di antara satu sama lain untuk mengingati Allah dan bertaqwalah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah kerana doa itu penting.Ianya adalah senjata orang mukmin. Berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain, berkasih sayang, redha dan bersyukur selalu kepada Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"He encompasses all things in knowledge."

(At-Talaq : 12)

-Disebalik senyuman dan wajah tenang seorang wanita.hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala gundah di hatinya,segala derita yang ditanggungnya.Rela disimpan sendiri kerana apa yang ingin dipersembahkan hanyalah wajah yang penuh ketenangan,walau hati ditimpa seribu duka.hanya Allah jualah tempatnya mengadu.-